Kulit majalah Time keluaran 21 Mei memaparkan seorang ibu berusia 26 tahun bernama Jamie Lynne Grumet menyusukan anak lelakinya yang telah berusia 3 tahun. Grumet merupakan salah seorang dari 4 ibu yang menjalani sesi fotografi yang dijalankan oleh majalah Time untuk cover story nya yang diambil dari “The Baby Book” yang ditulis oleh Dr. Bill Sears yang mencadangkan penyusuan bayi dilanjutkan dan tidur bersama bayi. Kalu korang nak tengok gambar lain, pandai-pandai la korang cari ye.hehe..
Ini bukan lah kali pertama majalah Time meletakkan gambar sedemikian sebagai kulit depan. Pada tahun 1999, kulit majalah tersebut memaparkan seorang wanita sedang menyusukan bayinya dalam satu laporan khas semasa perang di Kosovo.
Walaubagaimanapun, isu ini mungkin akan menyebabkan Time termasuk dalam list yang kulit depan majalahnya akan di censored di beberapa gerai surat khabar. Hudson News iaitu gerai surat khabar di New York mempunyai sejarah dalam men’censored’ majalah-majalah yang memaparkan gambar tidak senonoh sebagai kulit depan. Pada tahun 2006, gerai surat khabar Grand Central Terminal meletakkan kepingan kertas untuk ‘censored’ gambar majalah FHM sebanyak 3 keluaran berturut-turut.
No comments:
Post a Comment