Pelakon kacak Aeril Zafril berkata dia tahu mengenai gosip yang timbul mengatakan dia kononnya menghadiri satu acara acara sosial yang dihadiri golongan ‘adik-adik’ (golongan lelaki berkelakuan seperti perempuan) baru-baru ini dan hanya mampu tergelak.
Menjelaskan kepada Kosmo! hari ini, menurut pelakon yang mula dikenali menerusi filem Aku Tak Bodoh ni gosip tersebut sama sekali tidak benar kerana majlis yang dihadiri itu bukan acara sosial seperti yang didakwa.
Sebaliknya ia adalah Anugerah Hero Remaja 2012 yang diadakan 20 September lalu di Kuala Lumpur.
Bagi Aeril, dia merasakan tidak ada salahnya dia menghadiri majlis tersebut, malah memberitahu penerbit filem David Teo juga turut hadir sebagai juri.
Tambahnya lagi, dia hanya memberi sokongan kepada seorang rakan yang dikenali Ben yang menyertai pertandingan itu, dia antara Top 20 Hero Remaja 2012.
Pelakon yang bakal muncul menerusi filem Budak Pailang dan 99 Kali Cinta ni berkata dia pasti hanya satu acara itu saja yang boleh dikaitkan dengannya kerana sudah lama dia tidak ke mana-mana kelab malam lain apatahlagi parti ‘adik-adik’ yang dimaksudkan. Kali terakhir dia ke kelab malam adalah pada tahun lepas.
Sebelum ini pemuda berusia 23 tahun ini mendedahkan kisahnya yang sedang mendalami ilmu agama di sebuah sekolah pondok di Indonesia.
Dia mula berubah ke arah lebih baik kerana sering bermimpi arwah ibunya yang menegur kesilapan yang dilakukan sebelum itu.
Selain turut dinasihati oleh seorang ustaz supaya tidak mendedahkan anggota badannya untuk tatapan umum ketika berlakon.
No comments:
Post a Comment