Tuesday 19 November 2013

GAMBAR FASHA SANDHA BERCUTI BERSAMA SUAMI, RAYFAL DAN RAYQAL DI SINGAPURA

Fasha Sandha antara selebriti yang suka dan selalu berkongsi gambar menariknya menerusi lamanInstagram. Ada antara gambarnya mendapat pujian, dan ada juga yang mendapat kritikan ramai. Namun semua itu tidak penting bagi Fasha kerana mungkin beliau mengambil sikap terbuka terhadap komen-komen yang ditujukan kepadanya. Terbaru mengenai gambar percutiannya ke Singapura bersama Rayfal dan Rayqal.
Sebagaimana yang kita sering didedahkan, anak tiri biasanya kurang mendapat perhatian dari ibu tiri. Namun bukan untuk Fasha Sandha kerana boleh dilihat menerusi gambar-gambar yang dia kongsikan bersama Rayqal, mereka tidak kekok bersama dan Rayqal juga dilihat mesra bersama Fasha.
Oleh itu, tidak hairanlah kalau peminatnya memuji peranan dan sikap keibuan yang dimiliki Fasha (mereka yang follow Instagram Fasha sudah tentu mengenali selebriti kesayangan mereka ini). Jom lihat beberapa foto percutian Fasha Sadha bersama suami, anak-anak dan keluarganya di Singapura dibawah:
gambar fasha sandha bawa rayfal dan rayqal bercuti di singapura


gambar fasha sandha bawa rayfal dan rayqal bercuti
Pasti ramai peminat Fasha yang gembira melihat kebahagiaan keluarga ini. Tahniah Fasha dan Jejai, semoga kekal berbahagia…