Tuesday 5 November 2013

(4 GAMBAR)Aksi Siti Nurhaliza Sokong Pahang Di Final Piala Malaysia


Semangat pemain Pahang tampak berkobar-kobar dengan sokongan peminat yang salah seorang daripadanya ialah Datuk Siti Nurhaliza.
siti nurhaliza pahang
Sudah pasti Datuk Siti Nurhaliza juga keriangan menyambut kemenangan ini. Semoga dengan kejuaraan ini akan bermulalah titik permulaan untuk pasukan Tok Gajah mendominasi bola sepak tanah air.

siti nurhaliza pahang
siti nurhaliza pahang
siti nurhaliza pahang

Monday 4 November 2013

GEMPAQ : GAMBAR NEELOFA BERSELUAR PENDEK


Sebelum ini menerusi akaun Instagramnya, Neelofa ada berkongsi beberapa keping gambar saat indah dirinya berada di Maldives. Salah satu daripada gambar tersebut adalah ketika Neelofa berseluar pendek. Ternyata keseksian Neelofa di dalam gambar itu mendapat kritikan daripada banyak pihak.









Menurut Neelofa lagi, sebelum mana-mana gambar dikongsikan olehnya, dia sudah memikirkan kemungkinan yang bakal berlaku. Tambah Neelofa lagi:-

Sebagai selebriti, saya tahu batas perlu dijaga. Tidak dinafikan ada satu gambar saya berseluar pendek, tapi itu tidak melampau.

Saya pun tahu had, malah sebelum memuat naik gambar itu di laman sosial Instagram, saya sudah fikirkan kemungkinan yang bakal berlaku.

Bagaimanapun kerana suka dengan pemandangan indah dalam gambar itu, saya tetap memuat naik foto berkenaan.

BERPAKAIAN TAPI BOGEL











 
laki lam pic datas ni kompem laki dye tul?
tp lelaki xlyk dpgl suami..telampau dayus sehingekn bini paki cmtu pn stil ok...


 
nikah kat masjid tp pakaian nmpk tali bra n berkemban?
sedgkn yg laki elok bersongkok n bersampin??
wajar ke nikah kt masjid atau lebih elok nikah or kwen kt gereja je...
btul?
renung2kn wahai lelaki

Sunday 3 November 2013

Saya Suka Lelaki Ratah Diri Saya



Antara dua remaja perempuan yang ditahan dalam sekatan
jalan raya, awal pagi kelmarin.

























KULIM - Salah seorang remaja bawah umur ditahan semasa operasi cegah kegiatan lumba haram, awal pagi kelmarin mengaku sering melakukan hubungan seks sejak berusia 15 tahun dan sehingga hari ini telah melakukan perbuatan itu bersama lebih 10 teman lelakinya.

Menurutnya dia melakukan hubungan seks kerana suka dilayan oleh teman lelaki dan berbangga kerana memiliki ramai kekasih.

“Dia (teman lelaki) janji nak kahwin dengan saya, sebaliknya saya ditinggalkan kerana dia memiliki teman wanita lain. Sejak hari itu ramai lelaki yang berjanji akan menjadikan saya isteri mereka bagaimanapun semuanya tipu.

"Sekarang ini saya mempunyai ramai teman lelaki dan sudah banyak kali melakukan hubungan seks,” katanya yang membuat pengakuan berkenaan kepada Sinar Harian.

Dia antara dua remaja perempuan bawah umur yang ditahan dalam sekatan di Jalan Kilang Lama semasa operasi oleh Cawangan Pencegahan Jenayah Balai Polis Kulim.

Ketika ditahan, dia bersama seorang lagi remaja perempuan berusia 16 tahun, menjadi pembonceng motosikal yang dibawa teman lelaki masing-masing.

Teman lelaki mereka bagaimanapun dibebaskan setelah didapati memiliki dokumen seperti lesen dan kad pengenalan diri yang lengkap. 

Difahamkan, bagi mana-mana remaja perempuan ditahan kerana berpelesiran selepas tengah malam, polis boleh mengarahkan ibu bapa mereka datang ke balai untuk mengambil mereka pulang ke rumah.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, tindakan itu antara cara pencegahan dilakukan polis untuk memastikan remaja perempuan tidak terlibat dalam sebarang kegiatan berunsur jenayah atau menjadi mangsa rogol.

Menurutnya, sehingga kini remaja bawah umur terutama pelajar sekolah merupakan golongan paling ramai terlibat dalam kes rogol.

Katanya, walaupun perlakuan seks atas kerelaan mangsa atau suka sama suka, ia masih dianggap rogol jika mangsa bawah umur.

“Ada kalangan mangsa menyatakan mereka sanggup lakukan hubungan seks setelah kekasih mereka itu yang berjanji akan berkahwin dengan mereka. Bagaimanapun janji hanya tinggal janji apabila hubungan cinta itu tidak kesampaian.

"Selain itu remaja hari ini terlalu ghairah melakukan hubungan seks setelah melihat adegan lucah yang terdapat dalam talefon bimbit atau melalui Internet. Semua ini merangsang mereka untuk mencuba," katanya.

Terdahulu menurutnya, dari pengakuan dibuat, 95 peratus kalangan remaja perempuan bawah umur ditahan polis mengaku pernah melakukan hubungan seks bersama teman lelaki atau kekasih masing-masing.

Beliau turut menasihatkan remaja perempuan bawah umur terutama kepada teman lelaki mereka supaya jangan sesekali melakukan hubungan seks dengan mana-mana gadis bawah umur. 

Menurutnya, sekiranya ada mana-mana pihak membuat laporan polis, kes itu akan di siasat bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan jika sabit kesalahan suspek boleh dihukum dengan sebatan dan penjara dengan tempoh yang lama.