Saturday 31 August 2013

GEMPAQ : ITU SELUAR PENDEK @ SELUAR DALAM

Pelakon wanita Korea, Choi Yeo Jin membuat penampilan yang agak mengejutkan semalam.
Beliau hadir di sidang akhbar MBC’s Dancing with the Star Musim Kedua yang dianjurkan di Hotel Grand Ambassador, Seoul.
Kemunculan beliau menimbulkan sedikit kontroversi apabila mengenakan seluar pendek yang teramat lah pendek (layak digelar seluar dalam) beserta jaket putih dari luar.

Wednesday 28 August 2013

GEMPAQ : GAMBAR SHILA HAMZAH BERPELUK DAN BERBAJU KETAT


Gambar Shila Amzah berpeluk dan berbaju ketat - Dua bulan lalu, nama Shila Amzah telah dikritik dan dikutuk peminat kerana memuatnaik dirinya berpakaian sukan ketat hingga menampakkan susuk tubuh terutama bahagian dada di akaun Instagram peribadinya.

Terbaru, nama penyanyi lagu Patah Seribu kembali bergema di blog-blog hiburan apabila tersebarnya dua keping gambar Shila yang bertudung namun memakai gaun ketat dan bergambar dengan penyanyi lagenda, Lionel Richie dalam jarak yang amat rapat seperti berpelukan.

Korang boleh tengok sendiri dua keping gambar di bawah yang admin maksudkan di atas samada pemakaian dan penampilan bekas kekasih Sharnaaz itu memang perlu dipertikaikan atau peminat yang terlalu sensitif.




GEMPAQ : FACEBOOK LUCAH GUNA GAMBAR GADIS MELAYU

Sebuah laman sosial dikesan mempergunakan gambar-gambar gadis Melayu dengan status berbaur seks. 

Laman Facebook ‘Awek melayu malaysia’ yang mula diwujudkan sejak 21 Januari 2013, mendapat sambutan hangat dan hingga ke hari ini, sudah menghimpun 19,515 pengikut. 

Admin FB ini didapati memuatnaik gambar-gambar gadis Melayu dengan pelbagai aksi lalu diletakkan status yang kurang sopan. 

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada gadis-gadis yang dipaparkan dalam FB ini menyedari atau tidak gambar mereka telah digunakan di sini. 

Apa yang pasti, laman sebegini tidak ada faedahnya malah hanya mengundang salah laku moral dan menggalakkan aktiviti porno. 

Sesuatu harus dilakukan agar FB ‘Awek melayu malaysia’ ini ditutup terus. Antaranya, marilah kita beramai-ramai membuat laporan kepada Facebook tentang salahguna laman ini dengan kandungannya yang berbaur seksual. 





Tuesday 27 August 2013

GEMPAQ : GAMBAR ADIK ANZALNA YANG SOSIAL


Gambar Mia Nasir, adik pelakon Anzalna Nasir yang amat sosial - Rupanya pelakon seksi Anzalna Nasir mempunyai seorang adik perempuan yang amat cantik dan sosial. Dikenali dengan nama Mia Nazir, beberapa keping gambar si gadis jelita itu telah tersebar secara meluas di laman maya termasuk gambar-gambarnya berpeluk dan berkepit dengan teman lelaki.

Untuk pengetahuan, Mia Umur pernah berlakon dalam drama Cik Paris Diva Kampung dan juga dikritik hebat peminat Anzalna Nasir kerana memuatnaik gambar-gambar dirinya yang sosial di laman maya.









Monday 26 August 2013

GEMPAQ : TERKANGKANG DALAM LRT


Pelayar web Stomp, Ashy terperasan seorang wanita yang sedang duduk dalam LRT dalam keadaan yang agak kurang sopan. Beliau juga cuba memberi 'hint' kepada wanita berkenaan supaya membetulkan kedudukannya. 

Wanita berkenaan langsung tidak pedulikan 'hint' yang diberikan, malah membuka dengan lebih luas kakinya. 

Ashy menulis: 

"Saya seorang wanita yang mementingkan moral, dan tidak mahu masyarakat berfikiran kotor. 

"Saya telah melihat wanita ini yang duduk dalam keadaan kurang sopan. 

"Mungkin kerana saya seorang wanita, saya rasa kurang selesa dengan kedudukan beliau.

"Saya cuba memberi isyarat kepadanya dengan merenungnya sambil menutup kaki saya dengan harapan beliau merubah kedudukan kakinya. 

"Malang sekali, beliau berpaling dari pandangan saya, malah membuka dengan lebih luas kakinya. 

"Mujurlah tiada lelaki yang berdekatan dengannya."