Monday 14 January 2013

GEMPAQ: LELAKI TIDURI 500 WANITA TERMASUK SELEBRITI

Seorang lelaki Britain, Adam Lyons yang memenangi anugerah pakar penggoda no. 1 dunia pada persidangan kenalan dunia di Hollywood, California telah meniduri lebih 500 wanita cantik termasuk selebriti dan supermodel, lapor sebuah akhbar semalam. Lyons yang merupakan bekas ejen hartanah kini menyara kehidupan dengan memberikan tunjuk ajar cara untuk memikat wanita.



Menurutnya, dia mula mengurat semasa berumur dalam lingkungan 20-an dengan cuba meminta nombor telefon wanita yang berjalan di Leicester Square, di Britain pada waktu makan tengah hari.

“Saya kemudian mempelajari lebih lanjut cara untuk mengurat wanita dan saya melakukan teknik sama di kelab-kelab malam pada malam minggu.

“Saya berjaya tidur dengan wanita-wanita cantik yang pada zaman persekolahan saya hanya mampu bermimpi untuk mendapatkannya,” kata Lyons.

Dia mendedahkan sebahagian cara kejayaannya iaitu berani mendekati wanita cantik dan berbual dengannya.

Lyons berkata, perbualan pertama perlu membuatkan wanita yakin pada diri lelaki dengan bertanya seperti: “Adakah anda tahu lokasi terdekat Starbuck kerana saya mempunyai rakan yang datang untuk menemui saya di sana.”

Pendekatan seterusnya, kata Lyons, lelaki perlu bijak membuatkan wanita ketawa dengan memujinya kerana ia akan menyebabkannya berbual dengan lebih mesra.
Dia berkata, bagi mendapatkan nombor telefon, kaum lelaki perlu memberikan alasan yang kukuh seperti mencari topik perbualan yang menarik hatinya seperti makanan.

“Jika wanita itu ialah keturunan Mexico, saya akan bertanya sama ada dia pernah makan di sebuah restoran baru Mexico?,” katanya.

Menurutnya, alasan itu boleh digunakan untuk meminta nombor telefon bagi membolehkan wanita itu mendapat maklumat lanjut berhubung restoran tersebut.

Semasa makan bersama di restoran, kaum lelaki perlu membayar sebahagian bil dan meminta wanita yang baru dikenali itu membayar baki harga makanan lain, katanya.

seterusnya

Sunday 13 January 2013

GEMPAQ : SITI NURHALIZA KINI BERTUDUNG LITUP SEPENUHNYA


siti kini tudung litupBerita baik ini telah disahkan oleh Siti sendiri kepada Berita Harian:-
inilah imej Siti untuk usia 34 tahun dan Siti harap penampilan baru ini akan terus kekal sampai bila bila
siti kini tudung litup
Alhamdulillah. Pastinya orang yang paling gembira dengan berita ini ialah Datuk K, Datuk Siti Nurhaliza sendiri dan peminat-peminat beliau. Semoga imej ini akan kekal sehingga bila-bila. Dan semoga perubahan ini akan memurahkan lagi rezeki Datuk Siti Nurhaliza. Sama-samalah kita doakan.
siti kini tudung litup
3 lagi gambar Siti Nurhaliza bertudung penuh dengan membaca entri ini sepenuhnya.