Saturday 5 January 2013

GEMPAQ : TEMBELANG SERENA CHEF WAN TERBONGKAR??


Agak pelik juga bagaimana gambar bukan orang sebenar boleh digunakan oleh pihak-pihak tertentu semata-mata untuk melariskan produk masing-masing. Sekitar November 2012, Serina Chef Wan telah meng”upload” gambar sebelum dan selepas seorang lelaki yang dikatakan telah menggunakan sebuah produk menguruskan badan.
serina kantoi
Agak memalukan apabila tuan punya badan di dalam gambar telah muncul dan memberikan komen yang menyatakan yang dirinya tidak pernah mengambil mana-mana produk. Jadi ini bermakna gambar yang digunapakai oleh Serina untuk mempromosikan produk kesihatannya adalah palsu.
serina kantoi
Mengikut info di Forum Cari, laporan polis telah pun dibuat oleh tuan punya gambar untuk melindungi haknya. Serina Chef Wan hanya meng”upload” gambar yang diberi untuk tujuan promosi. Apa pun kita tunggu penjelasan daripada mereka yang terbabit dalam hal ini.

GEMPAQ ; BERSETUBUH DI HOTEL





Sepasang kekasih berusia 26 dan 28 tahun terpaksa menyamar sebagai adik-beradik bagi mengelak dicekup berkhalwat dan terbongkar apabila wanita itu ketakutan selepas digertak mengenai balasan orang yang berzina ketika di akhirat.

Mereka ditahan selepas didapati berdua-duaan di sebuah hotel bajet di Taman Medan dalam operasi cegah maksiat Ahli Jawatankuasa dan Pemuda Masjid Nurul Ehsan dengan kerjasama polis awal pagi semalam.

Pasangan itu mengambil kesempatan mengaku sebagai adik-beradik selepas pemeriksaan pada MyKad mendapati kedua-duanya mempunyai nama bapa yang sama namun berbeza alamat tempat tinggalnya.

Pihak masjid yakin sesuatu yang tidak kena berikutan pasangan itu memberi alasan tidur di situ kerana berpindah rumah, malah ketika pintu bilik dibuka si perempuan masih berselimut di atas katil dan hanya memakai pakaian dalam selain mengakui sering melakukan hubungan seks di situ

Dalam serbuan di hotel yang sama juga, seorang remaja lelaki berusia 19 tahun yang ditahan bersama kekasihnya merayu meminta dilepaskan atas alasan ibunya mengenali imam yang terlibat dalam operasi.

Operasi selama tiga jam itu turut menahan seorang guru wanita menyembunyikan diri di dalam bilik air dengan hanya berkemban selepas menyedari rumahnya diserbu.

Ketika ditahan guru terbabit berusia 29 tahun berdua-duaan dengan seorang lelaki berstatus duda berusia 33 tahun di rumah sewa lelaki terbabit.

Manakala seorang lagi penjawat awam berusia 25 tahun dicekup selepas disyaki berkhalwat dengan seorang janda berusia 35 tahun, anak tiga di rumah.

Imam 1 Masjid Nurul Ehsan, Abdul Muin Abdul Hamid berkata, operasi besar-besaran tersebut akan diteruskan bagi membanteras kegiatan maksiat di kawasan Taman Medan.

“Operasi ini adalah susulan daripada aduan dan maklumat daripada penduduk setempat yang merasakan tempat disyaki seperti hotel bajet dan rumah persendirian perlu diberi perhatian agar tidak menjadi lokasi mudah melakukan perbuatan sumbang,” katanya kepada Sinar Harian.

Kesemua pasangan dibawa ke Balai Polis Petaling Jaya sebelum diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk tindakan selanjutnya

GEMPAQ : ADIK PEREMPUAN TIRI JAMIN ZARINA


Akhirnya setelah dua hari berada di dalam Penjara Kajang, penderitaan Zarina Anjoulie telah pun berakhir. Adik perempuan tirinya telah pun hadir dan menjamin Zarina. Untuk makluman, sebelum ini tiada seorang pun ahli keluarga yang telah hadir untuk menjaminnya daripada tuduhan memiliki dadah.
zarina
Menurut laporan Bernama, Zarina keluar dari bilik lokap kompleks mahkamah Petaling Jaya dengan memakai baju-T berwarna kelabu serta bercermin mata gelap selepas dia diikat jamin. Buat masa ini, Zarina ingin berehat terlebih dahulu sebelum bakal mengadakan sidang media kelak. Kata Zarina kepada Media Hiburan:-
Kepada semua wartawan, bagilah peluang saya berehat dulu. InsyaAllah, dalam minggu depan saya akan jelaskan kesemuanya
Buat Zarina, berehat dan ambillah masa untuk merenung diri sendiri.

Friday 4 January 2013

GEMPAQ : ZARINA MASUK LOKAP


Mungkinkah ahli keluarga Zarina Anjoulie tiada di Malaysia sehingga mereka tidak tahu akan berita penahanan Zarina bersama teman lelakinya pada 30 Disember yang lalu? Ini kerana Zarina sekarang terpaksa meringkuk di dalam lokap akibat tiada seorang pun yang datang menjamin dirinya.a
zarina anjoulie
Zarina dikenakan ikat jamin RM2,000 dengan syarat penjamin adalah ahli keluarga. Teman lelaki Zarina telah pun diikat jamin oleh abangnya. Sayangnya tiada ahli keluarga Zarina yang hadir sehingga pukul 4 petang semalam sekaligus menyaksikan dirinya dibawa ke Kompleks Penjara Kajang.
zarina anjoulie
Nampaknya permulaan tahun 2013 adalah sangat tidak bagus buat Zarina Anjoulie kerana terpaksa bermalam di lokap sehingga tarikh perbicaraan pada 8 Februari kelak. Namun mana tahu pengalaman tersebut akan menjadi pengajaran yang berguna buat dirinya. Info asal Mstar Online.