Saturday 27 October 2012

Pemberian terbaik anda kepada seseorang...


campaign image

Bayangkan sekiranya insan yang anda sayangi mengalami kegagalan organ tahap akhir. Mereka terpaksa bergantung kepada pelbagai ubat-ubatan dan bantuan mesin bagi meneruskan hidup. Sekiranya anda berada di tempat mereka, bagaimanakah perasaan anda? Ketika ini di Malaysia, terdapat lebih daripada 15,000 pesakit yang mengalami kegagalan organ peringkat akhir. Mereka sedang menanti organ gantian bagi menjalani transplan yang boleh memberikan peluang kedua untuk menjalani kehidupan secara normal. 

Walaubagaimanapun, bukanlah sesuatu yang mudah untuk ahli keluarga membuat keputusan bagi membenarkan pendermaan. Lebih-lebih lagi, di waktu baru kehilangan orang yang tersayang, keluarga mampu membuat keputusan demi untuk menyelamatkan nyawa insan lain yang memerlukan. Bantulah ahli keluarga anda membuat keputusan dengan berikrar sebagai penderma organ hari ini! Pendaftaran boleh dibuat secara online di www.agiftoflife.gov.my . Layarilah laman sesawang ini untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pendermaan organ. Anda mungkin akan menyelamatkan nyawa seseorang.

klik untuk mengetahui lebih lanjut

No comments:

Post a Comment