Baru-baru ini, Fina AF9 yang popular dengan lagu ‘Menangis Lagi’ telah menimbulkan kontroversi di dunia Instagram apabila memuatnaik sekeping gambar tindik di bahagian pusat dipercayai adalah dirinya.
Bukan itu sahaja, penyanyi bersuara lantang ini juga dipuji amat berani oleh followers-nya kerana memuatnaik gambar yang memaparkan bahagian abdomen yang ramping itu, sedikit sebanyak memberikan imaginasi nakal kepada mana-mana lelaki yang melihatnya.
Berikutan daripada itu, pihak OHBULAN! menemubual Fina AF9 bagi mengetahui apakah yang sebenarnya dikejar oleh penyanyi berumur awal 19 tahun ini.
Adakah dia sengaja membangkitkan kontroversi, atau terlepas pandang semata-mata?
“Sebenarnya, gambar itu bukanlah saya. Saya cuma ambil dari internet dan sengaja memilih gambar wanita yang rambutnya hampir serupa dengan saya dan muatnaik untuk suka-suka.
” Tak mungkinlah saya nak tindik pusat, kemudian masukkan ke laman sosial. Kalau ibu saya tahu, dia pasti akan marah. Jadi, tak ada sebab saya mahu lakukan perkara sebegitu.”
Selain itu, beberapa keping gambar yang memaparkan Fina memakai gaun ketat dan seksi juga turut dimuatnaik ke laman Instagramnya. Gambar-gambar tersebut telah menimbulkan beberapa spekulasi serta persoalan kepada para peminat.
Ditanya kenapa kini sudah berani berpakaian begitu, pantas Fina menjawab,”Fina berpakaian sebegitu hanya untuk sesi fotoshoot dan kesemua baju tersebut telah ditaja, jadi Fina pun pakailah.”
“Pihak penaja cuma mahukan Fina berpakaian sebegitu, tidaklah seksi pun dan Fina dibayar untuk promosikan pakaian mereka,” tambahnya lagi.
No comments:
Post a Comment