Friday, 9 November 2012

GEMPAQ : Mana Janji-Janji Mu Wahai Rozita Che Wan?



Ingat lagi tak satu ketika dahulu Rozita Che Wan berkata yang dia bakal berhenti daripada dunia lakonan pada tahun 2011? Kalau tak ingat, sila baca entri RCW ingin bersara daripada dunia lakonan ini semula. Tapi nampaknya janji hanya tinggal janji. Mungkin dunia lakonan dah terlalu sebati dengan Rozita Che Wan sampai tak sanggup nak bersara.
Namun begitu (alamak skema gila ayat) kira oklah lagi sebab Rozita kata dia cuma berlakon sahaja dan tak mahu keluar di mana-mana majalah atau pun suratkhabar lagi.
[note]Walaupun saya hanya berlakon sikit-sikit, apa yang pasti saya enggan menjadi seorang selebriti yang akan ditemu ramah oleh pihak media atau keluar di mana-mana akhbar juga majalah. Begitu juga dengan segala acara-acara hiburan, saya tidak akan muncul seperti sebelum ini. Saya tidak mahu lagi publisiti supaya privasi saya tidak akan diganggu. cara ini juga dapat menepis gosip yang membabitkan saya. [/note]
Kami sebenarnya tak kisah pun kalau RCW hendak bersara ataupun tidak dalam bidang lakonan ini. Macam tak ada impak sangat pun. Bukan nak perlekehkan kehebatan RCW, cuma kami rasa RCW ini lebih popular dengan gosip-gosip liar berbanding dengan lakonannya. Mungkin elok jugak lepas nie tak keluar majalah dan suratkhabar. Kurang sikit kontroversi.
Kami tamatkan entri ini dengan satu peribahasa yang berbunyi “Kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya”. Sekian terima kasih.
rcw