Friday, 12 October 2012

GEMPAQ : TAN SRI AJAK NEELOFA BERASMARA



Siapa yang mahu perkara sebegini (gangguan seksual)
 berlaku dalam industri seni negara. Namun, itulah
 hakikatnya dan ia berlaku sejak dulu lagi. Saya banyak 
melalui pengalaman dan diganggu secara seksual oleh 
golongan VIP daripada seseorang bergelar Datuk
 sehinggalah Tan Sri. Mereka ada pelbagai cara untuk
mendekatkan diri dengan saya – ada yang tawarkan
 kemewahan dengan memberikan peluang perniagaan,
 ada juga yang mahu memberikan wang.

 Ada juga yang menghubungi semata-mata untuk 
mengajak saya keluar makan. Bayangkan, mereka 
sanggup memberikan saya peluang perniagaan serta
 wang tetapi saya percaya mereka tidak ikhlas dan
 ada maksud tersirat di sebaliknya. Tidak perlu saya
 jelaskan siapa mereka, cuma yang boleh saya beritahu,
 mereka bukan orang biasa tetapi dalam golongan elit.
 Begitupun, saya ada pendirian dan tak mahu terjebak
 dengan perkara negatif begini. Malaysia ini kecil, apa
 lagi Kuala Lumpur, lambat laun orang akan tahu apa 
yang kita lakukan, lebih-lebih jika bergelar artis, kisah 
peribadi bukan rahsia. Untuk jangka masa panjang, 
saya tidak mahu perkara sebegitu merosakkan reputasi 
dan imej saya. Biasanya jika berdepan dengan situasi
 sebegini, saya ada cara untuk memberi maklum balas
 dan reaksi.

 Saya tolak secara berhemah, sama ada menghubungi 
melalui telefon atau melalui khidmat SMS. Bila ada Datuk
 atau Tan Sri pelawa ajak makan, saya akan jawab apa
 yang sepatutnya. Saya tidak pandai hendak bermanja-manja 
menjawab panggilan merka. Pernah juga apabila bersua
 dan bertentang mata, VIP mempelawa saya untuk meraikan 
majlis tertentu. Tidak ada masalah untuk saya penuhi 
permintaan itu, tetapi saya hanya akan pergi jika ada 
kenalan saya. Selepas majlis selesai, saya tidak akan 
terima apa-apa ajakan lain, walaupun sekadar nak minum
 kopi bersama. Namun, pada masa yang sama saya
 juga tidak mahu mereka sakit hati hingga menimbulkan 
rasa benci apabila menolak pelawaan mereka.

 Saya bimbang nanti mereka boleh bertindak lebih buruk. 
Macam-macam yang mereka boleh lakukan. Setakat ini
 belum ada berani pergunakan saya atau ajak sehingga 
ke bilik tidur. Ada rakan artis yang berdepan pengalaman 
sebegitu. Mungkin kerana karekter saya juga. Mereka
 (golongan VIP) mungkin cuba dekati artis yang mereka
 temui di kelab malam, saya pula tidak ke kelab malam, 
apatah lagi minum arak. Saya juga tidak akan keluar 
bersendirian, sebaliknya sentiasa bersama orang yang
 rapat dengan saya (terutama keluarga). Nak jumpa 
sesiapa pun, saya tidak keluar sendiri, pasti ada orang
 temankan saya.-Neelofa (utaranews) 

No comments:

Post a Comment