Sepanjang minggu lalu heboh dalam beberapa blog hiburan menyebarkan gambar ala-ala “Bunny Girl”. dan baju berkemban pelakon Neelofa. Laman hiburan tersebut turut menyatakan bahawa kostum yang dipakai Neelofa tak ubah seperti model “Playboy Bunny Girl” disamping memakai topi ala-ala Miyabi. Bagi yang tak tahu menahu mungkin akan anggap itu gambar baru tetapi hakikatnya itu adalah gambar lama.
"Dah tak ada modal la tu nak buat cerita. Yang hairannya
itu gambar lama saya semasa terlibat dalam pembikinan
video muzik kumpulan Tilu. Tak salah saya tiga atau empat
tahun dulu. Jadi kenapa baru sekarang nak keluarkan?" kata Neelofa.
Aksi Neelofa yang hanya memakai pakaian yang cukup seksi
itu menarik perhatian ramai. Nampaknya ada beberapa blog
hiburan yang memang sudah mengeluarkan balik gambar tu
untuk memanaskan keadaan.
“Saya sendiri pelik macam mana mereka boleh keluarkan gambar
tu semula. Kalau tak ada modal sekalipun nak naikkan rating
masing-masing tak perlulah buat macam tu pada saya.
“Kumpulan Tilu tu pun dah senyap sekarang tapi ada pula orang
yang tak ada kerja ambil dan sebar gambar tu semula. Sejujurnya
saya tak marah pun cuma geram sebab mereka sengaja nak aibkan orang.
“Lantaklah nak buat apa pun asalkan jangan melampaui batas.
Cerita macam ni memang tak perlu dilayan, kalau layan akan
berpanjangan," kata Neelofa lagi.
seterusnya
No comments:
Post a Comment