Seorang wanita hamil yang mencuri iPhone dari sebuah kedai di gedung membeli belah di Yongkang City, Wilayah Zhejiang pada 24 April lalu dibogelkan oleh orang ramai.
Menurut pemilik kedai, apabila dia dan rakannya (yang berkunjung ke kedainya pada hari itu) sibuk melayani pelanggan, seorang pencuri wanita berusia 20-an membawa pergi sebuah iPhone hitam yang diletak di atas meja. Mereka kemudian segera mengejar pencuri itu. Terima kasih kepada bantuan daripada pemilik kedai berdekatan, wanita itu akhirnya ditangkap. Namun tanpa disangka, orang ramai bergegas mengerumuni wanita itu dan mula memotong rambut dan pakaian wanita tersebut sehingga dia hampir telanjang bulat, walaupun wanita itu terus merayu bahawa dia sedang mengandung dan mempunyai masalah kewangan.
Polis tempatan kemudiannya dipanggil untuk mengurus wanita itu. Tetapi ramai pengguna web dalam talian mengecam perbuatan pemilik kedai dan orang ramai terhadap pencuri wanita itu. Wanita itu kemudian dibebaskan kerana barangan curi tidak ditemui bersama wanita itu
jennyezra.
No comments:
Post a Comment