Friday, 15 November 2013

I TAK KISAH PUN PAKAI CAMNIE

Aiman Alyah tak kesah……
 “Saya memang suka berfesyen kerana fesyen adalah suatu yang ‘universal’. Jadi, saya akan gunakan kelebihan saya untuk ‘explore’ dunia fesyen ini. Saya tak rasa pakaian yang saya pakai itu keterlaluan kerana bukannya saya ‘berbikini’. Saya hanya menggunakan peluang yang ada dengan menggayakan pakaian yang ‘funky’.” 
Oh…kalau berbikini barulah Alyah rasa dia keterlaluan. Ya ya, mungkin kalau pakai bikini atas pentas memanglah melampau kan. Tak pernah dibuat orang lagi.
Dulu mungkin orang tak tahu tentang saya sebab mereka tak ambil tahu tetapi sekarang mereka sudah ambil tahu. 
Yaa, memang sekarang kami semua dah kenal Alya, tapi kalau tak pakai leggings hijau tu, lagi cepat Alya  popular.