Monday 1 July 2013

GEMPAQ : PAKAIAN MENJOLOK MATA BEYONCE


















BELGRADE, Serbia - Bintang pop, Beyonce memakai beberapa
helai pakaian seksi semasa dia membuat persembahan di sini, 
lapor akhbar dalam talian MailOnline kelmarin.
Persembahan bertenaga itu berlangsung sempena konsert 
jelajahnya, Mrs. Carter.
Konsert tersebut juga bakal diadakan di beberapa negara 
Eropah lain dan Amerika Syarikat serta Kanada.Penyanyi yang
memiliki tubuh badan seksi itu berjaya menarik kehadiran lebih 
18,000 penonton di Arena Kombank, di sini pada Isnin lepas.
Isteri penyanyi rap Jay-Z itu turut menarik perhatian penonton 
apabila dia memakai pakaian ketat berwarna emas dengan payu 
dara palsu.
Dia turut menyarung beberapa lagi kostum seksi yang kebanyakan 
mendedah bahagian pahanya.

Antara lagu yang dinyanyikan bekas anggota kumpulan Destiny 
Child itu termasuk Survivor, Crazy in Love dan Love on Top. - Agensi







































No comments:

Post a Comment