Monday 10 June 2013

GEMPAQ : HANA TAJIMA YANG CUN



Salam sejahtera... Siapa Hana Tajima??? Beliau adalah ikon fesyen bertudung bagi Maysaa di London. Beliau adalah anak kacukan Jepun-British yang agak popular ketika ini. Beliau popular kerana bertudung dan mencipta fesyen yang juga sesuai untuk muslimah. Mungkin ada yang bertanya adakah Hana Tajima ini islam? Ya, beliau sudah muallaf sejak usia beliau 17 tahun.

Hana Tajima yang berusia 23 tahun ini telah banyak membuat video cara-cara memakai tudung & pashmina di Youtube. Sejak dari itu, nama beliau meningkat di peringkat antarabangsa malah fesyen tudung Hana Tajima telah menjadi ikutan muslimah-muslimah. Baru-baru ini, artis kita Yuna juga telah bekerjasama dengan Hana Tajima dalam satu projek Maysaa London.

beliau telah mencipta fenomena tersendiri dalam fesyen muslimah terutama tudung, selendang & pasmina. Beliau kini mempunyai peminat sendiri yang terikut-ikut trend hasil ciptaan beliau. Secara tidak langsung ia juga memberikan satu impak dalam industri tudung dan selendang di Malaysia.

Sekurang-kurangnya Hana Tajima telah melakukan sesuatu yang mana beliau rasa patut dilakukan atas dasar agama yang dibeliau pegang. Semoga apa yang beliau lakukan mendapat keberkatan dari-Nya. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Hana Tajima, anda boleh klik sini.

 

No comments:

Post a Comment