Monday 7 January 2013

GEMPAQ : PELAKON VIDEO SEK$$ MELAYU BUANG TUDUNG

Masih ingatkah lagi anda kepada pelakon ini? Nama Wan Norazlin satu ketika dulu panas ekoran dihimpit kontroversi berhubung isu video seks. Sejak itu beliau seakan sepi dari dunia lakonan. Namun aktres tinggi lampai yang kembali aktif berlakon sejak beberapa tahun lalu.



Dalam perkembangan terbaru, akhbar Berita harian melaporkan Wan Norazlin yang sebelum ini tampil berhijab sejak beberapa tahun lalu, nampaknya kembali dengan imej lama.

Dalam laporan juga menyebut Wan Nor Azlin enggan ditemubual dengan alasan tidak perlukan publisiti dalam kerjaya seninya lagi.

"Saya sudah malas nak ditemuramah wartawan sebab mereka pasti hendak bertanya mengenai status saya.

"Saya sekarang ini hendak low-profile saja dan tak perlukan publisiti. Apa yang penting, saya masih menerima tawaran berlakon dan mahu fokus pada kerja lakonan saya," katanya.

Wan Norazlin berkata, dia sudah serik berkongsi kisah peribadinya kepada umum. Sebaliknya, dia mahu memberi keutamaan kepada kerjaya seninya saja.

"Maaf sangat-sangat kerana tidak mahu bercakap soal peribadi. Ini kerana rasanya sudah terlalu banyak cerita hidup saya keluar (dalam media) sebelum ini.

"Saya tidak mahu lagi mencari publisiti dengan bercerita mengenai hal-hal yang tiada kena mengena dengan kerjaya saya sebagai pelakon," katanya.

Sumber: Malaysiandigest.com

1 comment: