Saturday, 17 November 2012

GEMPAQ :SAYA TAKKAN PAKAI BAJU DALAM ITU UNTUK BERGAMBAR


KUALA LUMPUR – Pelakon terkenal, Maya Karin sekali lagi menegaskan yang beliau tidak akan bergambar dengan memakai pakaian dalam Sorella walaupun dilantik untuk menjadi duta produk pakaian tersebut.

Menurutnya, memang jenama tersebut sangat bagus dan wanita sepertinya memerlukan produk sebegitu.” Saya dah awal-awal cakap, saya boleh mewakili produk itu tetapi tidak sudah tentu tidak boleh memakai baju tersebut untuk sesi fotografi,” katanya sambil tersenyum.

Maya telah dilantik menjadi duta Sorella untuk rangkaian terbaru, Angel Series.Wajah kacukan Inggeris-Melayu yang dimiliki membuatkan Maya Karin menjadi rebutan pelbagai pihak.Pelakon yang sentiasa tampil elegan dan memiliki sifat rendah diri ini telah membuatkan pihak Sorella memilih Maya Karin sebagai duta produk mereka.“Dengan karakternya sendiri yang tampak begitu elegan, kami percaya pemilihan Maya sebagai duta adalah yang paling tepat,” ujar Ng Kok Soo selaku pengurus jenama pakaian tersebut.Majlis pelancaran yang dijalankan di butik mereka di Pavillion, Kuala Lumpur baru-baru ini turut dihadiri duta jenama pakaian itu sendiri iaitu Maya Karin.Dalam majlis itu, Maya berkata, pakaian dalam adalah sama pentingnya dengan pakaian harian kita.“Saya dapat merasakan ramai rakyat Malaysia yang tidak mementingkan pakaian dalaman mereka.

Walaupun ianya tampak ringan tetapi pakaian dalam amat berkait rapat dengan keyakinan diri seseorang wanita.